“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Sejahtera Salam 1Malaysia
Tuan Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Ahli PKG Kuala Berang
Tuan/Puan,
TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO
Perkara di atas adalah dirujuk.
Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro yang dapat saya senaraikan.
1. Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan dan nombor kad Astro )
2. Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan decoder Astro dan perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.
Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:
1. Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja : Telefon 1 300 82 0001 , pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro.
2. Remote rosak : sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon 1 300 82 0001
3. Kad Astro hilang: sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon 1 300 82 0001
4. Mengalih piring ke bangunan baru, sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro dan tiada caj dikenakan
Harap dapat membantu pihak sekolah mengaktifkan siaran Kampus Astro bagi kegunaan sekolah.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
.........................................
MOHD YUSSAZRI BIN YUSOF
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN I
PUSAT KEGIATAN GURU KUALA BERANG
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU
Tel Pej: 096825144
Email: pkg_kuala_berang@moe.gov.my
No comments:
Post a Comment