11 Feb 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI PKG KUALA BERANG BIL.1/2018





Mesyuarat JKPA PKG Kuala Berang Bil.1/2018 telah dijalankan di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu pada 7 Februari 2018. Mesyuarat ini melibatkan semua Pengetua dan Guru Besar daripada 30 sekolah ahli. Mesyuarat ini dijalankan untuk melihat pencapaian aktiviti JKPA 2017 dan membantangkan laporan yang telah dilaksanakan seperti khimat bantu PSS, Program Gerakkan Membaca, MBMMBI, VLE dan SSQS. Semua perancangan dan perlaksanaan aktiviti PKG adalah bertujuan untuk memberi impak besar kepada sekolah serta murid berdasarkan kepada keperluan.

30 Jan 2018

PROGRAM KHIDMAT BANTU PENYELENGGARAAN KOMPUTER




Pusat Kegiatan Guru Kuala Berang dengan kerjasama PKG Peroh dan PKG Tengkawang telah mengadakan program khidmat bantu konfigurasi komputer di SK Dusun pada 23-25 Januari 2018. Tujuan utama khidmat bantu ini adalah untuk membantu sekolah dalam proses penyelenggaraan komputer di makmal sekolah. Khidmat bantu ini telah berjaya dan kesemua komputer telah berfungsi untuk kegunaan guru dan murid sekolah.

TAKLIMAT PELAKSANAAN TV PSS DAERAH HULU TERENGGANU 2018





PKG Kuala Berang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan TV PSS pada 29 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Pendahulu, PPD Hulu Terengganu. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh En. Hasmasuhaimi bin Sulaiman @ Hashim (Penolong PPD daerah Hulu Terengganu) dan melibatkan 18 Guru Penyelaras Media dari sekolah yang terpilih. Objektif taklimat adalah untuk menyampaikan langkah-langkah bagi penubuhan TV PSS dan kepentingan penubuhannya.

22 Jan 2018

BENGKEL TUTORIAL PENGGUNAAN e-RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (e-RPH) BAGI SEKOLAH RINTIS PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2018





PKG Kuala Berang dengan kerjasama PKG Peroh & PKG Tengkawang telah mengadakan bengkel tutorial e-RPH bagi sekolah rintis di daerah Hulu Terengganu pada 22 Januari 2018 di PKG Kuala Berang. Tumpuan bengkel ini untuk memberi pendedahan kepada 22 admin e-RPH sekolah rintis tentang cara penggunaan e-RPH yang berkesan. Hampir kesemua admin sekolah rintis yang terlibat hadir mengikuti bengkel ini bersama En. Jamaluddin Bin Abd Rahman, pegawai TVET PPD Hulu Terengganu. Bengkel telah dikendalikan oleh En. Zamri Izuan Bin Hasan, Jurulatih Utama e-RPH dari SK Pasir Nering.

14 Jan 2018

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN TERENGGANU 2017





Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPN Terengganu 2017 telah diadakan pada 11 Januari 2018 di BTPN Terengganu. Majlis ini diadakan untuk menghargai pegawai dan staf di BTPN & PKG yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang 2017. Majlis juga diadakan untuk menghargai peranan pengerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti setiap PKG dan peranan unit TVET setiap daerah. Majlis dirasmikan oleh Pengarah JPN Terengganu, tuan Hj Shafruddin Bin Ali Hussin.

MESYUARAT BTPN - PKG





Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG telah diadakan pada 10 Januari 2018 di BTPN Terengganu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu telah melibatkan hampir semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Terengganu. Mesyuarat awal tahun ini berfokuskan kepada pengurusan Pusat Kegiatan Guru, pelaksanaan inisiatif ICT sekolah ahli PKG, isu semasa dan lain-lain.

4 Jan 2018

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Hulu Terengganu Bil.1/2018




Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Hulu Terengganu Bil 1/2018 telah diadakan pada 4 Januari 2018 bertempat di Bilik Bengkel PKG Kuala Berang. Mesyuarat ini dihadiri oleh hampir semua pegawai dan staf dari 3 PKG daerah iaitu PKG Kuala Berang, PKG Tengkawang dan PKG Peroh. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Anuar Bin Mansor (PTP PKGKB) selaku Ketua PKG Daerah Hulu Terengganu. Antara agenda mesyuarat ialah perancangan aktiviti PKG bagi tahun 2018 yang melibatkan Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG, khidmat bantu ICT, khidmat bantu PSS, pemilihan tokoh NILAM, Anugerah Pembestarian dan kursus/bengkel.