28 Jan 2016

PENGHAKIMAN PEMBESTARIAN ICT DAERAH HULU TRG


Semoga berjaya buat SMK Jenagor yang bertanding dalam Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu. Turut mewakili daerah Hulu Terengganu adalah SK Tengkawang dan SMK Kuala Telemong.

20 Jan 2016

Mesyuarat JKPA kali pertama 2016


Mesyuarat JKPA kali pertama 2016 telah dilaksanakan. Terimakasih atas komitmen para pengetua dan guru besar sekolah ahli PKG Kuala Berang.

19 Jan 2016

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Sejahtera Salam 1Malaysia


Tuan Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Ahli PKG Kuala Berang

Tuan/Puan,

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO

 Perkara di atas adalah dirujuk.

Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro yang dapat saya senaraikan.

1. Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan dan nombor kad Astro )

2. Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan decoder Astro dan perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.

Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:

1.      Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja : Telefon  1 300 82 0001 ,  pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro.

2. Remote rosak : sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon  1 300 82 0001 

3. Kad Astro hilang: sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon  1 300 82 0001 

4. Mengalih piring ke bangunan baru, sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro dan tiada caj dikenakan

Harap dapat membantu pihak sekolah mengaktifkan siaran Kampus Astro bagi kegunaan sekolah.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


.........................................
MOHD YUSSAZRI BIN YUSOF

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN I
PUSAT KEGIATAN GURU KUALA BERANG
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU

Tel Pej: 096825144

17 Jan 2016

Nor Farhana Faznor, Mocrosoft Innovative Educator (MIE) from Terengganu



The Microsoft Innovative Educator (MIE) Expert 2016 at Johor 
The Microsoft Innovative Educator (MIE) Expert program
is an exclusive program created to recognize global educator
visionaries who are using technology to pave the way for their
peers in the effective use of technology for better
learning and student outcomes.