27 Dec 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2016


Dengarlah lonceng berbunyiKawan segeralah berlariSiapkanlah dirimuDalam mencari ilmu

Waktu cepat bergantiHingga lonceng terdengar lagiSemua pun bersorak dengan riang

Senang, riang, masa depan 'kan datangCapai ilmu setinggi awanHingga nanti aku telah dewasaDunia kan tersenyum bahagia

8 Dec 2015

Majlis Penyerahan Surat pelantikan dan arahan pertukaran serta penempatan pengetua bersama Tuan Pengarah JPNT


Majlis Penyerahan Surat pelantikan dan arahan pertukaran serta penempatan pengetua bersama Tuan Pengarah 

PENGETUA BARU
1. En. Mohd nasri abdullah - smk seri cheneh
2. En. Abu bakar RA mohd abdullah - smk kompleks gong badak
3. Pn. zaliha Mat jusoh - smk merchang

PENGETUA BERTUKAR
1. En. Mohd khairi muda
    Smk cherul ke smk menerong
2. En. Husin mohd nor
    Smk binjai ke Smk pdg pulut
3. En. Abd Halim muda
    Smk cheneh baru ke Smk Kuala telemong
4. En. Fauzi hamzah
    Smk kg nyiur ke Smk TIZ
5. En. Abdullah Awang
    Smk seri cheneh ke Smk Banggol.
6. Pn. Kamariah mamat
    Smk menerong ke Smk TAI
7. Pn. Norlia mat zin
    Smk tun indera ke Smk seri Berang
8. Pn. Mazidah Embong
    Smk banggol ke Smk binjai
9. En. Zulkifli sulong
    Smk TAI ke Smk matang
10. Pn. Engku noraen Engku Mahmud
      Smk merchang ke Smk Seri Budiman
11. Pn. Esah bin Yusof
      Smk Kuala Telemong ke Smk Tok Adis
12. En. Azami mohamad
      Smk Seri Paka ke Smk Kg Nyiur

17 Nov 2015

Senarai sekolah terbaik keputusan UPSR 2015 bagi negeri Terengganu


Senarai sekolah terbaik keputusan UPSR 2015 bagi negeri Terengganu. Tahniah diucapkan kepada Terengganu kerana diiftirafkan sebagai negeri terbaik berdasarkan keputusan UPSR 2015. Untuk info, seramai 2,588 calon dapat semua A dalam UPSR 2015 di semua sekolah di negeri Terengganu. Berikut adalah senarai top 10 sekolah terbaik di Negeri Terengganu berdasarkan peratusan semua A dan Gred Purata Sekolah (GPS).


Senarai Sekolah Terbaik Keputusan UPSR 2015 Terengganu (Jumlah Semua A)

Kedudukan top 10 sekolah di Terengganu berdasarkan peratusan Semua A.

1. SK Rantau Petronas Kemaman
2. SK Tapu Hulu Terengganuu
3. SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu
4. SK Tok Raja Besut
5. SMK Chalok Setiu
6. SK Gong Badak Kuala Terengganu
7. SK Pulau Kerengga Marang
8. SK Tengku Mahmud Besut
9. SK Sultan Ismail Kemaman
10. SK Manir Kuala Terengganu


Senarai Sekolah Terbaik Keputusan UPSR 2015 Terengganu (GPS)

Kedudukan top 10 sekolah di Terengganu berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS)

1. SK Tapu
2. SMK Chalok
3. SK Lerek
4. SK Kampung Jaya
5. SK Tok Raja
6. SK Rantau Petronas
7. SK Pechah Rotan
8. SK Kemat
9. SK Sultan Sulaiman
10. SK Tok Dor











 

12 Nov 2015

LAWATAN BENCH MARK GPM DAERAH HULU DAN FASILITATOR ETP KUALA BERANG KE SK KEMASEK


Terima kasih pengurusan sekolah serta pihak PKG Kemasek yang sudi menerima lawatan dari kami.

23 Sept 2015

WOMEN ON ICE








Students on Ice is dedicated to making its programs accessible to all high school and university students, regardless of their socio-economic or cultural background. Thanks to the SOI Foundation’s great base of partners, sponsors and supporters, the Foundation has been able to offer scholarships to over 80% of participants on its recent Arctic Expeditions. 
he SOI Foundation has a strong focus on building relationships and partnerships with youth, communities and organizations in the Arctic. Annually over 30% of the participants in SOI’s programs calls the Arctic home. To ensure that the Foundation’s programs are aligned with the needs of Arctic youth and other Arctic stakeholders, the Foundation has launched its Arctic Youth and Partnerships Program 

- See more at: 
http://studentsonice.com/programs/#sthash.5gYa2dU8.dpuf

















3 Aug 2015

Perkongsian bahan PKG Kuala Berang

Bagi memudahkan pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah serta lain-lain bahan, rakan guru boleh muat turun bahan berkaitan dipautan dibawah:

Perkongsian bahan PKG Kuala Berang

Rakan Guru juga boleh ke menu muat turun di bar atas blog ini.
sekian untuk info berkaitan perkongsian bahan.

2 Aug 2015

Lawatan ke English Theme Park Kuala Berang dari sekolah ahli PKG Kati, Perak



Lawatan ke English Theme Park Kuala Berang dari sekolah ahli PKG Kati, Perak seramai 42 orang peserta. Semoga lawatan ini memberi impak positif kepada semua. 

28 Jul 2015

"ENGLISHDAY" BIL 2 2015


Terima kasih kepada semua fasi dan sekolah terlibat.

SK Kua
SK Landas
SK LKTP Bukit Bading
SK Felda Tersat
SK Peroh

15 Jul 2015

UCAPAN HARI RAYA WARGA PENDIDIK DAERAH HULU TERENGGANU 2015




Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

6 Jul 2015

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu

Tuan,

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 MENGGUNAKAN
SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

3. Pembestarian Sekolah merupakan inisiatif KPM untuk merealisasikan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah, melalui penggunaan teknologi pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perkembangan semasa. dalam melahirkan murid yang holistik. kreatif, inovatif. berkebolehan berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, kompeten dan cekal menghadapi cabaran kehidupan abad ke-21.

4. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./tuan/puan dipohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah, yang dilaksanakan secara dalam talian, http://ssqs.btpntrg.edu.my mulai 6 Julai hingga 23 Ogos 2015. Penarafan di kesemua sekolah ini akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di negeri masing-masing dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT.

5. Sila hubungi En.Yusma@Abd.Mubin bin Yusof di talian 09-6277102 atau YM Ku Ahmad bin Ku Ibrahim di talian 09-6277128 atau Nor Azwari bin Che Mat Noor di talian 09-6277127 untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan penarafan ini atau email kepada ssqs@btpntrg.edu.my


“Memperkasakan Transformasi Pendidikan“

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menurut perintah,

HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN, P.J.C., P.J.K
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

2 Jul 2015

Pemantauan ISO dan Penarafan PKG 2015


Pemantauan PKP01-Pengurusan Pemantauan PKG:
1. En. Badru Hishan bin Mohd Zin
     
Pemantauan Penarafan PKG:
1.En. Nize bin Muhammad
2. En. Mohd Alhadi bin Yaali

Terima kasih atas dapatan pemantauan.


18 Jun 2015

Ucapan selamat Puasa di bulan Ramadhan




Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali kengunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan...

3 Jun 2015

Lawatan sekolah ahli pkg kuala berang: Lawatan Penandaaras AJK PSS Al-Farabi ke Sabah


Sekalung penghargaan kepada BTPN Sabah serta PKG Kota Kinabalu dan SMK La Salle atas kerjasama dan layanan yang diberikan sepanjang lawatan. Semoga hasil lawatan ini dapat memberi impak kepada pembangunan PSS bagi Sekolah ahli PKG Kuala Berang. Tahniah SMKA Mahmudiah atas penganjuran lawatan seumpama ini.

1 Jun 2015

Lawatan Penandaaras SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur



Tarikh : 1 Julai 2015

"Terima Kasih Atas Kesudian Melawat Premis PKG & ETP Kuala Berang"


Lawatan dari SK Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah


Tarikh : 30 Mei 2015

"Terima Kasih Atas Kesudian Melawat Premis PKG & ETP Kuala Berang"

15 May 2015

Selamat Hari Guru...



"Sacrifice is greater than love
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth
BUT
nothing is greater than a teacher."

7 May 2015

Cikgu Limau Kasturi (Drama)

Hayati drama "Cikgu Limau Kasturi"....






5 May 2015

AKTIVITI SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


"Jangan pernah melihat siapa yang berbicara, namun lihatlah tentang apa yang disampaikannya".

1 May 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2015


"Kehidupan ini pasti akan terasa indah apa bila kita selalu bersukur... jadi tidak ada alasan apapun bagi kita untuk tidak menyusukuri nikmat apa yang telah diberikan Tuhan pada kita"

25 Apr 2015

NURIN AISYA BINTI MAT YUSOF SK BUKIT PERAH NAIB JOHAN TOKOH NILAM KEBANGSAAN




TAHNIAH...
NURIN AISYA BINTI MAT YUSOF
SK BUKIT PERAH
NAIB JOHAN TOKOH NILAM KEBANGSAAN
KETEGORI SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU 2015





7 Apr 2015

LAWATAN PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KE ENGLISH THEME PARK KUALA BERANG


LAWATAN KERJA DARI TN HJ ZAIDI BIN YAZID BERSAMA KPP SELURUH NEGERI KE ENGLISH THEME PARK KUALA BERANG










30 Mar 2015

Tokoh Nilam SR (BM) Negeri Terengganu 2015



NURIN AISYA BINTI MAT YUSOF
SK BUKIT PERAH
TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU
KETEGORI SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU 2015

"SEMOGA BERJAYA DIPERINGKAT KEBANGSAAN NANTI"

27 Jan 2015

Jadilah Ahli Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu

Jadilah ahli dan anda akan dapat akses E-book library yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. 



25 Jan 2015

19 Jan 2015

Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara berterusan menerusi Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dirangka berasaskan tiga objektif khusus supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global.

Keterangan


Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013 yang lalu, tiga objektif itu ialah:
  1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
  2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025.
  3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awam.
Pautan : 

15 Jan 2015

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN - (SPP) LMS



Pautan dari :- http://spp.moe.edu.my/

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Definisi :                                                                                                                                                                    Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau  A learning management system (LMS) ialah perisian aplikasi untuk pentadbiran, dokumentasi, mengesan (tracking), dan melaporkan program latihan, bilik darjah dan aktiviti atas talian (online), program e-pembelajaran, dan kandungan latihan. Mengikut (Ellis 2009) SPP atau LMS yang berkesan sepatutnya berkeupayaan untuk melqaksankan tugas-tugas seperti berikut :

  • pemusatan dan automasi pentadbiran
  • menggunakan perkhidmatan kendiri (self-service) dan perkhidmatan kendiri terbimbing (self-guided services)
  • membina dan menyampaikan isi kandungan pembelajaran secara berterusan
  • menggunakan web sebagai flatfom untuk menggerakkan program latihan.
  • kandungan yang bersifat individu dan membolehkan pengetahuan diguna semula. 

Aduan kampus Astro

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ Salam Sejahtera Salam 1Malaysia


Tuan Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Ahli PKG Kuala Berang

Tuan/Puan,

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO

 Perkara di atas adalah dirujuk.

Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro yang dapat saya senaraikan.

1. Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan dan nombor kad Astro )

2. Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan decoder Astro dan perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.

Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:

1.      Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja : Telefon  1 300 82 0001 ,  pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro.

2. Remote rosak : sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon  1 300 82 0001 

3. Kad Astro hilang: sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon  1 300 82 0001 

4. Mengalih piring ke bangunan baru, sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro dan tiada caj dikenakan

Harap dapat membantu pihak sekolah mengaktifkan siaran Kampus Astro bagi kegunaan sekolah.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


.........................................
MOHD YUSSAZRI BIN YUSOF

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN I
PUSAT KEGIATAN GURU KUALA BERANG
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU

Tel Pej: 096825144

14 Jan 2015

KEMASKINI DATA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2015

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ Salam Sejahtera Salam 1Malaysia


Tuan Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Ahli PKG Kuala Berang


Tuan/Puan,

KEMASKINI DATA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2015

 Perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sehubungan dengan itu diharapkan kerjasama pihak sekolah mengarahkan Guru Perpustakaan Media Mengisi borang kemaskini yang disediakan.

  
Kerjasama  dan komitmen pihak tuan/puan amat kami hargai.

 Sekian dimaklumkan dan terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


PUSAT KEGIATAN GURU KUALA BERANG
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU

Tel Pej: 096825144


13 Jan 2015

Taklimat dan pengedaran cd mbmmbi bagi sekolah PKG daerah Hulu Terengganu 2015

Taklimat pengedaran cd MBMMBI telah dijalankan di dewan seminar PKG Kuala Berang dan wakil dari BTPNT, En. Sabri telah hadir membuat pemantauan.

Link KPM tantang MBMMBI :- http://www.moe.gov.my/v/mbmmbi

11 Jan 2015

Selamat kembali ke sekolah



Selamat kembali ke sekolah buat semua warga pendidik 
di 
Daerah Hulu Terengganu.

10 Jan 2015

LAMAN TERBARU SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH



KPM telah memutuskan SPS akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses di alamat


SURAT SIARAN SPS BOLEH DIAKSES MELALUI:



Pihak sekolah perlu mengemaskini modul yang terdapat dilaman tersebut sahaja dan laman SPS akan dikemaskini secara berperingkat oleh KPM.

2 Jan 2015

Selamat tahun Baru 2015




New Year is the time to
unfold new horizons & realize new dreams,
to rediscover the strength & faith within u,
to rejoice in simple Pleasures & gear up 4 a
new challenges.
Wishin u a truly fulfilling
2015