30 Aug 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Terima Kasih SMK Matang, SMK Seri Berang, SK Tapah.

 
Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih atas jemputan ke Majlis Sambutan Merdeka Raya yang telah diadakan pada hari ini, Khamis (30 Ogos 2012).   

 

Pemantauan oleh Pegawai Perhubungan PKG

 
Pemantauan oleh Pegawai Perhubungan PKG:
 
PN. AMINAH BINTI ZAKARIA ( PKG Kuala Berang )
PN. RAIHANAH BINTI MOHD ( PKG Peroh )
EN. AZMI BIN SENIK ( PKG Tengkawang )


Terima kasih kepada para pemantau dari BTP Negeri Terengganu yang telah hadir pada 28 Ogos 2012 sempena pemantauan. Segala teguran serta nasihat yang diberikan akan kami semua cuba laksanakan demi mempertingkatkan imej organisasi kita.
 

12 Jul 2012

Mesyuarat Pemurnian Idea ETP



Alhamdulillah... Mesyuarat Pemurnian Idea English Theme Park telah berjaya dilaksanakan pada 10.7.2012, Selasa. Ianya dipengerusikan oleh En. Ahmad Jadid Jusoh dari BTPNT dan dihadiri oleh kesemua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik. Disamping pemurnian idea, lawatan ke bangunan ETP dan sedikit taklimat telah dilangsungkan. Semoga semua urusan serta perancangan yang telah dirangka akan dapat berjalan dengan lancarnya.

9 Jul 2012

Pemantauan Pembestarian Sekolah tahun 2012 - SK Pauh


Tahniah atas kerjasama dari warga SK Pauh yang telah didatangi oleh Pegawai dari BTPNT iaitu En. Akram@Amir bin Abdul Majid. Semoga dengan Pemantauan Pembestarian Sekolah tahun 2012 kali ini akan memberi penambahbaikan serta impak yang positif terhadap SK Pauh.Sekalung tahniah dan terima kasih juga kepada wakil PKG Peroh dan PKG Tengkawang yang turut membantu dalam Pemantauan ini.

6 Jul 2012

Pemantauan Pembestarian Sekolah - Sejarah SK Pauh

 Tahun 1960an
                                                                       Tahun 1970an
                                                                       Tahun 1980an
Tahun 1990an

Sekolah ini mula dibuka pada 21 April 1951. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rakyat Pauh. Peringkat awal dibuka, sekolah dikendalikan oleh dua orang guru untuk 83 orang murid. Murid sekolah datang dari tiga buah kampung berdekatan iaitu Kampung Pauh, Kampung Temir dan kampung Tanjung Bharu.
Dua orang guru pertama (pengasas) sekolah ini ialah:

En. Abdul Latif bin Ngah
Berasal dari Kampung Dusun, Hulu Terengganu. Mula berkhidmat di Sekolah Rakyat Pauh pada 1951 iaitu bermulanya pembukaan sekolah. Bertugas di sekolah bersama Cikgu Sulong bin Abdul Rahman. Cikgu Abdul Latif berkhidmat sebagai guru setelah tamat darjah enam. Beliau berkhidmat di sekolah ini selama enam tahun. Selepas itu beliau ditukarkan ke beberapa sekolah lain dalam Daerah Hulu Terengganu. Disamping bertugas sebagai guru, beliau juga sempat meningkatkan tahap pendidikan beliau dengan lulus dalam peperiksaan SPM. Sekolah terakhir beliau ialah SK Peroh dan meninggal dunia sebelum mencapai umur persaraan.

En. Sulong bin Abdul Rahman
Menjadi pengasas Sekolah Rakyat Pauh bersama Cikgu Abdul Latif bin Ngah. Beliau merupakan anak jati Kampung Pauh. Beliau menjadi guru pada tahun 1951 setelah tamat belajar darjah lima. Setelah mengajar di sekolah ini selama dua tahun, beliau ditukarkan ke SK Lerek dan kemudiannya meneruskan khidmat di beberapa buah sekolah di Daerah Hulu Terengganu. Disamping bertugas sebagai guru, beliau terus meningkatkan pencapaian akademik dengan lulus dalam peperiksaan SPM pada tahun 1969. Setelah lulus SPM , beliau telah ditugaskan ke jawatan yang lebih tinggi seperti Penyelia Petang, GPK Kokurikulum dan Guru Besar. Perkhidmatan terakhir beliau adalah Penolong Pegawai Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dan bersara pada Disember 1992.

Bangunan sekolah yang pertama dibina secara gotong royong, sebuah bangsal beratap rumbia berdinding buluh yang dijadikan pelupuh. Bangku diperbuat daripada papan manakala tempat duduk dibuat daripada batang pinang. Sekolah dibuka awal oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu pada masa itu, Dato' Embong. Pada tahun 1953 sebuah lagi bangunan kayu berukuran 110 kaki x 22 kaki dibina dan bilangan murid bertambah menjadi 128 orang.

Pada tahun 1954 bilangan guru semakin bertambah menjadi 4 orang sementara bilangan murid pula berjumlah 154 orang. Pada 25 April 1954, sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Dato' Perwira Negara, Nazir Sekolah-Sekolah Melayu Terengganu. Pada tahun 1959 sekolah telah ditukar nama kepada Sekolah Umum Pauh dan kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pauh mulai tahun 1960.

Tahun 1978, sekolah mendapat bangunan blok dua tingkat yang terdiri dari lima bilik darjah. Pejabat, bilik Guru Besar dan bilik guru dikongsi dalam satu bilik. Pada 1985 sebuah bangunan kantin dibina dan diubah suai juga kepada satu bilik darjah. Pada tahun 1987 sebuah surau dibina dengan kerjasama PIBG sekolah. Tahun 2004 bangunan 2 blok empat tingkat dibina seperti yang ada pada hari ini.

28 Jun 2012

Pemantauan Pembestarian Sekolah di SK Kemat




 Tahniah atas kerjasama dari warga SK Kemat yang telah didatangi oleh Pegawai dari BTP iaitu Hj. Mohamad b. Harun dan En. Mohd Yusoff b. Mis. Semoga dengan Pemantauan Pembestarian Sekolah tahun 2012 kali ini akan memberi penambahbaikan serta impak yang positif terhadap SK Kemat.
Sekalung tahniah dan terima kasih juga kepada wakil PKG Peroh dan PKG Tengkawang yang turut membantu dalam Pemantauan ini.

26 Jun 2012

Pemantauan Pembestarian Sekolah Tahun 2012 di SK Pauh

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu bersama Pusat Kegiatan Guru Negeri Terengganu akan menjalankan pemantauan ke sekolah bermula pada 24 Jun 2012 sehingga 5 Julai 2012. Pihak BTPNT dan PKG akan membuat lawatan di SK Pauh pada 5/7/2012 ( Khamis) . Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan untuk menjayakan pemantauan ini sangat di hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

"Teknologi Untuk Pendidikan Bestari"

24 Jun 2012

Pemantauan Pembestarian Pendidikan


SK Kemat telah terpilih oleh pihak BTPNT bagi pemantauan ini. Tarikhnya masih belum diputuskan lagi. Semoga segalanya berjalan lancar.
Sedikit nukilan berkenaan sejarah sekolah:

Sejarah SK Kemat

¢ Mula didirikan pada bulan Disember 1951 berhampiran sebatang sungai yang dikenali dengan Sungai Kemat.
¢ Tahun 1952 mula beroperasi dengan murid seramai 31 orang dan seorang guru iaitu Cikgu Long Bin Ismail.
¢ Tahun 1957,Sk Kemat secara rasmi didirikan dan dibuka dengan mempunyai satu blok bangunan kayu serta murid bertambah seramai 59 orang dan guru 2 orang.
¢ Pada tahun 1989 rumah guru dibina separuh kekal dan pada tahun 1960 guru bertambah kepada 3 orang.
¢ Sehingga tahun 1994 barulah sekolah ini mendapat bangunan tambahan separuh kekal dengan 4 bilik darjah dan 7 orang guru.

Selamat Bertugas di tempat baru....

21 Jun 2012

Johan SMART ENGLISH Hulu Terengganu: SK Teris


Tahniah kepada pemenang dan semoga dapat kejayaan di Peringkat Negeri hendaknya nanti...

Pemantauan Pembestarian Sekolah Tahun 2012

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah berkenaan
(sebagaimana Lampiran A)

Tuan,

Pemantauan Pembestarian Sekolah Tahun 2012

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu bersama Pusat Kegiatan Guru Negeri Terengganu akan menjalankan pemantauan ke sekolah bermula pada 24 Jun 2012 sehingga 5 Julai 2012.

3. Pihak BTPNT dan PKG akan menghubungi pihak sekolah terlebih dahulu sebelum pemantauan dijalankan. Instrumen pemantauan boleh dimuat turun daripada portal http://btpntrg.moe.edu.my/.

4. Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan untuk menjayakan pemantauan ini sangat di hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.



Muhammad Al Rafur bin Abdul Rashid
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Terengganu

JADUAL PENGISIAN PROGRAM

Klik untuk melihat Jadual Pengisian Program Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan

20 Jun 2012

Dr Ali Hamsa dilantik Ketua Setiausaha Negara


KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Dis 1997 hingga 21 April 2009.

Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.

"Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. -- Bernama

Dipetik dari: Sinar Harian

19 Jun 2012

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar & GPK kuatkuasa 16 Jun 2012

KUALA TERENGGANU - Terima kasih kami ucapkan kepada pengunjung blog ini yang amat peka dan perihatin mengenai pertukaran pengurusan sekolah ini. Setelah kita menyiarkan Guru Besar dan GPK bertukar pada 1 dan 16 haribulan ramai yang tertunggu tarikh ini sama ada mereka yang sedang menyandang jawatan atau yang bakal dilantik. Apapun penyiaran senarai ini hanyalah sekadar makluman atau backup kepada surat rasmi kepada penyandang terlibat. Justru itu ianya disiar agak lewat sedikit dari tarikh kuatkuasa dengan keyakinan bahawa surat rasmi telah sampai ke tangan penerima dan tiada apa-apa perubahan atau pindaan lagi.

Walau bagaimanapun tahniah kami ucapkan kepada penyandang yang baru dilantik sebagai Guru Besar ataupun GPK. Untuk makluman hingga kini kita masih belum menerima senarai pemangkuan DGA32 ke DGA34 untuk pengisian Guru Besar bagi mengisi jawatan-jawatan Guru Besar yang dikosongkan. Kita berharap senarai berkenaan akan diturunkan dari Lembaga Naik Pangkat KPM dalam masa yang terdekat agar kita dapat mengisi semua perjawatan Guru Besar.

Kepada semua yang baru dinaikkan pangkat atau bertukar ke sekolah baru diucapkan " Selamat Bertugas" . Semoga kehandiran anda memberi impak kepada kecemerlangan sekolah. Surat-surat pertukaran dan tawaran boleh diperolehi di PPD masing-masing.


Link Senarai Pertukaran GPK : Lihat

Link Senarai Pertukaran Guru Besar: Lihat

Sumber: http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

Tokoh Guru Daerah Hulu Terengganu 2012.avi



Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan video Tokoh Hari Guru Daerah Hulu Terengganu 2012.

18 Jun 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Zon Timur 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Zon Timur 2012 telah diadakan di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, Bentong,  Pahang pada  11-14 Jun 2012. Kursus yang disertai oleh hampir ke semua Pegawai Teknologi Pendidikan,Pusat Kegiatan Guru Zon Timur itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang pentingnya transformasi dalam organisasi dikalangan Pegawai PKG Terengganu dan memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada peserta dalam pengurusan dan menghadapi cabaran pelanggan. Semasa kursus ini diadakan, beberapa siri ceramah juga diadakan seperti Ceramah Laluan Kerjaya oleh Pn Lok Yim Pheng dari NUTP, ceramah Kerohanian oleh Ustaz Mohd Saiful Azizi Shukri bin Mohd Kassim dari IAB dan ceramah Pengurusan Stress oleh iaitu YM Syed Putra Syed Ali dari IAB. Sesi lawatan Penanda Aras ke 3 buah sekolah di daerah Bentong iaitu SMK Sulaiman, SMK Ketari dan SK Tuanku Fatimah turut diadakan semasa sesi kursus ini. Aktiviti seperti jungle tracking dan treasure hunt turut diadakan oleh pihak penganjur.

| Berita : UIICTKP

Dalam Kenangan....

27 May 2012

Program Khidmat Bantu PSS SK Sungai Berua


Program Khidmat Bantu PSS SK Sungai Berua, Kuala Berang telah dilaksanakan semalam 2 hari bermula 22hb Mei 2012 hingga 23 Mei 2012. Program ini telah di anjurkan oleh UPSP untuk membantu sekolah dan GPM sekolah untuk memberi penambahbaikan pusat sumber sekolah yang sedia ada.Peserta yang terdiri daripada pegawai BTPN, PTP , FT17 dan GPM sekolah serta guru-guru SK Sg. Berua telah mengambil bahagian dalam program yang bertujuan untuk menaiktarafkan PSS SK Sg. Berua.Hasil daripada pelaksanaan Program Khidmat Bantu PSS ini telah dapat mencapai objektif seperti Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal iaitu susunatur dan keceriaan.

| Berita : PKG Tengkawang

2 May 2012

Sekalung Tahniah.........

Bengkel Pemantapan Jurulatih Utama EBook & Kelas Maya

Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut ;

Tarikh        : 2 Mei 2012
Masa         : 2.30 ptg
Tempat      : PKG Kuala Berang
Kehadiran  : Jurulatih Utama yang telah dilantik

12 Apr 2012

Taklimat Pengisian Online i-Nilam 2012

Tarikh       : 18 April 2012 (Sekolah Ahli PKG Kuala Berang)              
                  19 April 2012 (Sekolah Ahli PKG Peroh dan Tengkawang)
Masa        : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat     : Bilik Seminar, PKG Kuala Berang
Kehadiran : Guru Penyelaras Nilam daerah Hulu Terengganu

7 Apr 2012

Mesyuarat GPB/GICT Bil.1/2012

Untuk makluman Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT, mesyuarat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 9 April 2012
Masa : 10.30 pg - 1.00 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Kuala Berang

28 Mar 2012

Majlis Penyerahan e-Book Tahun 4 2012 Dun Telemong


Pada : 27 Mac 2012
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Dewan SMK Tun Indera
Dirasmikan Oleh : YB Tuan  Haji Rozi Bin Mamat 
(Exco Kerajaan Negeri Terengganu Adun Telemong)

Majlis Pelancaran Hulu Terengganu Cemerlang (HUTeC) 2012


Pada : 25 Mac 2012
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Dewan Intan SMK Tengku Ampuan Intan
Dirasmikan Oleh : Tuan Haji Mohd Nor Bin Othman AMN.,PJC.,PJK. 
Ahli Parlimen Hulu Terengganu  

25 Mar 2012

Kem Kembara Nilam 2012

Kem Kembara NILAM Peringkat Negeri Terengganu telah selesai dijayakan pada 19-21 Mac 2012 yang melibatkan 25 orang peserta dari setiap daerah. Secara keseluruhan Kem ini telah menunjukkan peningkatan ketara bagi semua peserta di mana rumusan ketua hakim mendapati terdapat peserta berada pada tahap gemilang. Pada hari terakhir juga telah dinobatkan dua orang Tokoh NILAM Negeri Terengganu Kategori SM dan SR.
Kategori SR  - Nur Syazwina bt Mohd Sukri ( SK Tapah)
Kategori SM - Anis Raihan bt Asmadi ( SMKA Sheikh Abdul Malek)




20 Mar 2012

Kem Kembara Nilam 2012

Kem ini melibatkan seramai 25 pelajar yang akan dihakimi oleh 18 orang hakim yang telah dilantik di peringkat negeri. Seramai 25 orang guru pengiring juga turut terlibat dalam pemilihan kali ini. Daerah Hulu Terengganu diwakili oleh pelajar SMKTAI, SMK Matang, SKTAI dan SK Tapah.

Khidmat Bantu PSS SMK Matang

"Hulu Terengganu Cemerlang"

18 Mac 2012, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPN Terengganu dengan kerjasama PKG Daerah Hulu Terenganu telah mengadakan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (PKBPSS) bertempat di SMK Matang. Untuk Makluman, SMK Matang akan mewakili negeri Terengganu ke pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada bulan april nanti. Syabas dan tahniah............ semoga SMK Matang berajaya.


9 Mar 2012

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH HULU TERENGGANU 2012

5 Mac 2012, PKG Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan pemilihan Tokoh Nilam Murid yang melibatkan penyertaan 12 buah sekolah. Pertandingan tersebut bertujuan untuk mencari wakil daerah Hulu Terengganu ke pertandingan Nilam peringkat negeri Terengganu. Keputusan pertandingan tersebut seperti di bawah ;


Johan Kategori SM Bandar
(Nursuzwatul Hidayah bt Yusoff)
SMK TENGKU AMPUAN INTAN


Johan Kategori SM Luar Bandar
(Wan Nor Syazwani bt Harun)
SMK MATANG


Johan Kategori SK Bandar
(Muhammad Aiman bin Mohd Shariff)
SK TENGKU AMPUAN INTAN


Johan Kategori SK Luar Bandar
(Nurul Syazwina bt Mohd Sukri)
SK TAPAH

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG..... SEMOGA BERJAYA

SUNGAI BERUA JUARA

TAHNIAH...... SK Sungai Berua menjuarai acara 4 x 200 L Bawah 12 Thn sempena Kejohanan Olahraga Daerah Hulu Terengganu 2012 yang berlangsung di SMK Jenagor. 

6 Mar 2012

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS SMK SERI BERANG

28.02.2012, SMK Seri Berang telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS Tahun 2012. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mazli bin Saad, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kuala Berang. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh pengetua SMK Seri Berang iaitu Hjh Che Mek Kamariah bt Che Yem. Dengan pelantikan tersebut diharapkan pengawas PSS dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan serta sentiasa membantu guru dalam pengurusan PSS.

26 Feb 2012

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Hulu Terengganu Bil.1/2012


23.02.2012 (Khamis), PKG daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) Bil.1 bagi Tahun 2012. Mesyuarat tersebut diadakan di SMA Mahmudiah dan dirasmikan oleh Tn Hj Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Mesyuarat tersebut bertujuan melaporkan segala aktiviti yang dijalankan pada tahun 2011 dan perancangan aktiviti tahun 2012 bagi 3 buah PKG di daerah Hulu Terengganu. Mesyuarat tersebut juga telah dihadiri oleh En Mohd Hasan bin Mat Rahim, Penolong PPD Pengurusan Kurikulum (Bahasa) yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

14 Feb 2012

Mesyuarat Pengurusan GPM Bil.1/2012


Tarikh : 09 Februari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Kuala Berang

PKG Kuala Berang telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan Media Bil.1/2012 pada 9 Februari 2012. Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada Tahun 2012. En Nize bin Muhammad (Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN) telah hadir sama dalam mesyuarat tersebut. 

Hari Anugerah Kecemerlangan BTPN 2011

Ucapan Tahniah kepada ;

1. PKG Kuala Berang                      - Anugerah PKG Cemerlang 2011
2. PKG Peroh                                    - Anugerah PKG Cemerlang 2011
3. PKG Tengkawang                       - Anugerah MS ISO Cemerlang 2011
4. En Mahadzir (FT17) PKG Peroh - Staf Cemerlang 2011

31 Jan 2012

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Bil.1/2012

Dijemput hadir ;
Pegawai Teknologi Pendidikan I & II
Pembantu Tadbir N17
Juruteknik Komputer FT17
PKG Daerah Hulu Terengganu
*************************************************
Ke Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Bil.1/2012
Tarikh    : 31 Januari 2011

Masa     : 2.30 ptg - 5.00 ptg
Tempat  : Bilik Mesyuarat, PKG Kuala Berang

26 Jan 2012

Bengkel LADAP (Eduwebtv Version 2.0) SMK Tun Indera

Tarikh      : 28 Januari 2012
Tempat    : Bilik Hypermedia SK Kuala Berang
Masa       : 8.40 pagi - 4.30 petang
Fasilitator : PTP PKG Kuala Berang

Diakhir taklimat/bengkel, peserta diminta mengisi Borang penilaian Kursus

22 Jan 2012

Perubahan Sekolah Ahli PKG Daerah Hulu Terengganu 2012

Makluman dan perhatian kepada semua warga pendidik Daerah Hulu Terengganu iaitu berkaitan dengan perubahan sekolah ahli di bawah PKG. Mulai Tahun 2012 sekolah ahli mengikut seperti mana yang dipaparkan. HARAP MAKLUM.

12 Jan 2012

Bengkel Pembinaan Blog PKG Daerah Hulu Terengganu

PKG Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Bengkel Pembinaan Blog untuk Juruteknik Komputer PKG. Bengkel tersebut telah disampaikan oleh En Mazli bin Saad (PTP PKG Kuala Berang) sebagai Fasilitator. Bengkel tersebut juga turut dihadiri oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Peroh.

Tarikh    : 10.01.2012
Masa     : 9.00 pagi - 4.30 petang

* Diakhir Bengkel peserta diminta mengisi Borang Penilaian Kursus