31 Dec 2016

Salam Perpisahan buat GPM SMA Mahmudiah- Pn. Norfazila Mohd


Selamat bertugas ditempat baru dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dalam membantu Pusat Sumber Sekolah ahli PKG Kuala Berang. Semoga maju jaya ditempat baru.

Salam perpisahan buat Cg. Tun Azlina


Selamat bertugas di tempat baru. Terima kasih atas sumbangan sepanjang penglibatan di ETP Kuala Berang 2012-2016. Budi dan jasa fasi sentiasa dikenang.

15 Dec 2016

Tahniah SAHUT


Tahniah SAHUT- sek men sains hulu trg. Tiga orang pelajar SAHUT berpeluang terpilih ke Amerika bagi pertukaran pelajar tempatan dengan luar negara.

13 Dec 2016

Tandas SMA Mahmudiah terbersih peringkat kebangsaan.


Tahniah sma mahmudiah kerana tersenarai diperingkat kebangsaan

12 Dec 2016

Salam Maulidur Rasul dari kami warga PKG Kuala Berang


Salam Maulidur Rasul dari kami warga PKG Kuala Berang.  

"Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah".

Wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

11 Dec 2016

Contoh penghasilan episod tv pss



Tahniah smam atas penghasilan episod tv pss sek untuk dicontohi oleh sekolah ahli yang lain..

5 Dec 2016

Perkongsian BTPNT bersama exco pendidikan negeri terengganu


“ Terima kasih atas kebaikan kecil akan mendatang kan kebaikan besar di hari kemudian hari…”

4 Dec 2016

TAHNIAH TUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU


"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

3 Dec 2016

SMA Mahmudiah peroleh Anugerah Emas Tandas


Tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Dungun atas Anugerah Perak Tandas terbersih peringkat kebangsaan mewakili Negeri Terengganu dan SMA Mahmudiah Kuala Berang untuk Anugerah Emas Tandas terbersih peringkat Sekolah dalam Program Karnival KPKT di Dataran Merdeka, 3 Disember 2016.
Sumber: Korporat SUK Terengganu