25 Dec 2013

SK Padang Setengge bakal beroperasi 2014


Lawatan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu ke sekolah baru yang bakal dibuka pada Januari 2014, SK Padang Setengge. SK Padang Setengge yang tertangguh beberapa tahun bakal beroperasi mulai sesi persekolahan Januari 2014. Sekolah yang terdiri 12 bilik darjah, makmal, blok pentadbiran dan pelbagai kemudahan gelanggang permainan yang menelan belanja sekitar RM12 juta bakal menerima murid Tahun 1 hingga 5.

29 May 2013

Selamat Datang SK Mak Mandin, Pulau Pinang

Seramai 45 orang guru dari Sk Mak Mandin Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke PKG Kuala Berang dan English Theme Park Kuala Berang pada 25 Mei 2013. Lawatan ini telah diketuai oleh Guru Besar SK Mak Mandin, En.Mohd Asri bin Abd Rahman. Lawatan ini dilakukan bagi menambahkan pengalaman dan perkongsian maklumat untuk diaplikasikan di sekolah mereka nanti.








LAWATAN PENANDA ARAS BTPN PAHANG KE ETP KUALA BERANG




BTPN Pahang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di ETP Kuala Berang pada 18 Mac 2013. Rombongan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Tn. Hj. Mohamed Kamal bin Hashim telah juga disertai oleh empat orang Penolong Pengarah, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan Ketua-Ketua PKG Daerah Pahang. Taklimat berkaitan ETP Kuala Berang telah disampaikan oleh Encik Ruzlan bin Abdul Gani, PTP PKG Kuala Berang.

7 May 2013

Lawatan Kerja Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan BTP,Bukit Kiara,KPM ke English Theme Park Kuala Berang


 
Lawatan Kerja Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan BTP,Bukit Kiara,KPM
Tn Haji Shamsuddin bin Hassan, Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan,Bukit Kiara,KPM telah mengadakan lawatan kerja ringkas ke PKG Kuala Berang pada 2 Mei 2013. Lawatan ini adalah program sampingan sempena Perhimpunan Bulanan kali ke 2 yang diadakan di BTPN Terengganu pada sesi sebelah pagi.Beliau telah diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu Tn Hj Alias bin Talib dan Tn Hj Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPN Wilayah Persekutuan. Tn Haji Shamsuddin bin Hassan juga telah singgah sebentar ke ETP Kuala Berang.Beliau berharap pihak PKG Kuala Berang dapat mengekalkan kemudahan yang telah disediakan dan pada masa yg sama merancang aktiviti – aktiviti dengan baik untuk sekolah – sekolah ahli PKG.

2 Apr 2013

Pemasangan 1Bestari setakat 27/3/2013

TBA5001 SK KUALA BERANG KUALA BERANG Zoom 14/01/2013
TBA5003 SK BUKIT PERAH AJIL Zoom 15/01/2013
TBA5005 SK BUKIT DIMAN AJIL Zoom 11/03/2013
TBA5006 SK PAUH KUALA BERANG Zoom 11/10/2012
TBA5007 SK BUKIT APIT AJIL Zoom 15/01/2013
TBA5008 SK DUSUN KUALA BERANG Zoom 08/11/2012
TBA5009 SK LANGGAR KUALA BERANG Zoom 07/11/2012
TBA5011 SK BUKIT GEMUROH KUALA BERANG VSAT 29/01/2013
TBA5012 SK MATANG KUALA BERANG Zoom 20/12/2012
TBA5015 SK SG BULOH KUALA BERANG VSAT 29/01/2013
TBA5016 SK KUALA PING KUALA BERANG VSAT 29/01/2013
TBA5018 SK PADANG SETEBU KUALA BERANG VSAT 26/11/2012
TBA5019 SK PADANG SETAR KUALA BERANG VSAT 21/02/2013
TBA5020 SK KUA AJIL VSAT 18/01/2013
TBA5022 SK PEROH AJIL Zoom 19/12/2012
TBA5023 SK NIBONG KUALA BERANG Zoom 28/02/2013
TBA5027 SK KEMAT KUALA BERANG VSAT 30/01/2013
TBA5028 SK LUBUK PERIOK AJIL VSAT 26/11/2012
TBA5030 SK PEREH AJIL VSAT 04/02/2013
TBA5031 SK TERIS KUALA BERANG VSAT 26/11/2012
TBA5032 SK TAPAH KUALA BERANG Zoom 11/10/2012
TBA5033 SK KUALA JENDERIS KUALA BERANG VSAT 26/11/2012
TBA5034 SK BETONG AJIL VSAT 26/11/2012
TBA5041 SK LKTP BUKIT BADING AJIL Zoom 15/01/2013
TBA5044 SK FELDA MENGKAWANG AJIL VSAT 28/01/2013
TBA5045 SK FELDA  TERSAT AJIL VSAT 28/01/2013
TBA5046 SK SG BERUA KUALA BERANG VSAT 26/11/2012
TBA5049 SK SERI BERANG KUALA BERANG Zoom 14/01/2013
TBA5050 SK TOK RANDOK AJIL Zoom 19/12/2012
TBA5051 SK LANDAS AJIL Zoom 19/12/2012
TBA5052 SK SERI BULUH KUALA BERANG Zoom 20/11/2012
TBA5053 SK AJIL AJIL Zoom 15/01/2013
TBB5038 SK TENGKU AMPUAN INTAN KUALA BERANG Zoom 25/09/2012
TEA5035 SMK MATANG KUALA BERANG Zoom 07/11/2012
TEA5036 SMK AJIL AJIL Zoom 15/01/2013
TEA5038 SMK MENERONG AJIL VSAT 28/01/2013
TEA5039 SMK SERI BERANG KUALA BERANG Zoom 11/03/2013
TEA5043 SMK TERSAT KUALA BERANG VSAT 30/01/2013
TFT5001 KOLEJ ISLAM SAINS TERENGGANU KUALA BERANG Zoom 26/09/2012
TFT5002 SMA MAHMUDIAH KUALA BERANG Zoom 30/10/2012

Aspresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu.

Tahniah kepada semua penerima anugerah.... Peringkat SPM- PPD Hulu Terengganu (PPD Lestari Anjung Ilmu), Sekolah Anjung Ilmu- 5% capai 5A (SM Sains Hulu Terengganu,SM IMTIAZ Kuala Berang). Peringkat STPM- Panitia Mata Pelajaran Anjung Ilmu - Sejarah (SMK Menerong).


1 Feb 2013

Perasmian ETP Kuala Berang


Pada 31 Januari 2013 telah sempurnanya penubuhan English Theme Park (ETP) yang ketiga di Negeri Terengganu. ETP ini terletak di PKG Kuala Berang di dalam kawasan SK Kuala Berang. Perasmian ETP Kuala Berang ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Zawawi bin Haji Ismail, Timbalan Pengerusi Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu yang mewakili YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman. Hadir sama dalam majlis ini adalah CEO ExxonMobil, Mr. Hunter Farris, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Zakaria bin Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin dan beberapa orang pegawai ExxonMobil. Penubuhan ETP Kuala Berang ini akan memberi impak yang besar kepada seluruh warga daerah Hulu Terengganu khususnya dalam memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.

| Berita: JK Portal ( http://btpntrg.net/btpntweb/ )

8 Jan 2013

English Theme Park Kuala Berang


ETP Project
Objectives
  • Provide variety for students and teachers - they get out of the classroom and 'into' the environment.
  • Integrate the 'four skills' of reading, writing, speaking and listening in a natural and fun way.
  • Promote learner autonomy and co-operation.
  • Provide practice across the curriculum - eg. science, history, geography etc.
  • Provide a sensory rich learning experience. Learning is enhanced when students see as well as listen (audiovisual) - they remember even more when they can also use their senses of touch, smell and taste.
  • Take place in a natural and enjoyable setting. This helps to lower emotional barriers which sometimes get in the way of effective learning.
  • Develop in the students an appreciation of and sensitivity towards environment , become interested in nature conservation and understand its importance.
 
 
 
 

1 Jan 2013

Semoga 2013 kita tempuh dengan penuh kejayaan.

 
2013 akan merupakan tahun yang menambah cabaran semasa dengan kelangsungan agenda pendidikan kebangsaan masa kini yang bakal mencerminkan senario generasi guru-pelajar abad ke 21. Di samping pelbagai program wajib yang akan terus kita laksanakan, 1BestariNet akan memasuki fasa pelaksanaan sepenuhnya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pula akan memulakan langkahnya. Kesemua itu menuntut fokus dan komitmen yang tinggi dari kita semua. Kami yakin dengan kemampuan semua untuk sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan kelangsungan semua projek dan program yang telah direncanakan serta terus maju kehadapan dengan pencapaian  yang lebih gemilang. Kita juga yakin dan percaya pihak KPM, JPNT, BTPNT, PPDHT, PKG serta pengurusan sekolah akan membantu kita menangani rintangan, isu dan cabaran yang bakal kita hadapi melalui pelbagai cara serta sumber. Semoga 2013 bakal memberikan yang terbaik demi kelangsungan pendidikan bagi generasi akan datang...
"Bersama menangani cabaran"
WARGA PKG KUALA BERANG
 
 
 
(petikan ucapan: MOHD SUJANG AHMAD ZAINI)