31 Dec 2016

Salam Perpisahan buat GPM SMA Mahmudiah- Pn. Norfazila Mohd


Selamat bertugas ditempat baru dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dalam membantu Pusat Sumber Sekolah ahli PKG Kuala Berang. Semoga maju jaya ditempat baru.

Salam perpisahan buat Cg. Tun Azlina


Selamat bertugas di tempat baru. Terima kasih atas sumbangan sepanjang penglibatan di ETP Kuala Berang 2012-2016. Budi dan jasa fasi sentiasa dikenang.

15 Dec 2016

Tahniah SAHUT


Tahniah SAHUT- sek men sains hulu trg. Tiga orang pelajar SAHUT berpeluang terpilih ke Amerika bagi pertukaran pelajar tempatan dengan luar negara.

13 Dec 2016

Tandas SMA Mahmudiah terbersih peringkat kebangsaan.


Tahniah sma mahmudiah kerana tersenarai diperingkat kebangsaan

12 Dec 2016

Salam Maulidur Rasul dari kami warga PKG Kuala Berang


Salam Maulidur Rasul dari kami warga PKG Kuala Berang.  

"Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah".

Wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

11 Dec 2016

Contoh penghasilan episod tv pss



Tahniah smam atas penghasilan episod tv pss sek untuk dicontohi oleh sekolah ahli yang lain..

5 Dec 2016

Perkongsian BTPNT bersama exco pendidikan negeri terengganu


“ Terima kasih atas kebaikan kecil akan mendatang kan kebaikan besar di hari kemudian hari…”

4 Dec 2016

TAHNIAH TUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU


"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

3 Dec 2016

SMA Mahmudiah peroleh Anugerah Emas Tandas


Tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Dungun atas Anugerah Perak Tandas terbersih peringkat kebangsaan mewakili Negeri Terengganu dan SMA Mahmudiah Kuala Berang untuk Anugerah Emas Tandas terbersih peringkat Sekolah dalam Program Karnival KPKT di Dataran Merdeka, 3 Disember 2016.
Sumber: Korporat SUK Terengganu

22 Nov 2016

Khidmat bantu talian internet di HUTEC


Khidmat bantu talian internet di HUTEC - sekolah ahli baru bagi PKG Kuala Berang.

19 Oct 2016

Frog Appliance


Sekolah vsat bakal dibekalkan dengan Frog Appliance. Contoh alatan dibekalkan di SK Bukit Gemuroh oleh pihak YTL.

17 Oct 2016

Lawatan KPP BTPN Pahang


Lawatan KPP BTPN Pahang serta pegawai BTPN Pahang ke PKG Kuala Berang dan ETP Kuala Berang. Terima kasih atas kunjungan.

16 Oct 2016

Exxon ke ETP Kuala Berang


English Day-3 dan kunjungan dari Exxon ke ETP Kuala Berang.

9 Oct 2016

English Day-2 dan lawatan dari SK Seksyen 13


English Day-2 sempena kunjungan dari SK Seksyen 13 ke ETP Kuala Berang.

19 Sept 2016

Khidmat bantu


Khidmat bantu networking di SK Cheting

5 Sept 2016

Lawatan SK U3 ke PKG Kuala Berang


Lawatan SK U3 ke PKG Kuala Berang dan English Theme Park Kuala Berang. Semoga mendapat input yang berguna atas lawatan tersebut.

19 Jul 2016

Lawatan dari BTPN Selangor


Lawatan dari BTPN Selangor ke PKG Kuala Berang dan English Theme Park Kuala Berang

1 Jun 2016

English day-1


English Day 1 telah dijalankan dengan kehadiran guru dari sekolah terpilihn serta dua warga Amerika atas jemputan dari Fasi Pn. Tun Azlina.

30 May 2016

19 Apr 2016

PELANCARAN KM1M PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2016





Pada 04 April 2016, Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di SMK Seri Nilam Kuala Terengganu. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Azman bin Othman, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPNT mewakili Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Majlis pada hari ini diadakan serentak seluruh Negara sama ada di peringkat negeri dan juga peringkat sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

24 Feb 2016

Pertandingan NILAM Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2016

Tahniah pada pemenang.

                                                               Bahasa Malaysia pada 23/2/2016
(SR) Nurwafa bt. Syazrilimri - SK Tok Randok
(SM) Nurfatihah bt. Khalip - SAHUT


Bahasa Inggeris pada 24/2/2016
(SR) Nurul Haziqah bt. Azha - SK Kuala Berang
(SM) Nurul Suhaila bt. Salem - SAHUT



22 Feb 2016

BTPN Terengganu 2016 | Menyusuri Tarian Balai

Mesyuarat GPB/ICT


Mesyuarat GPB/ICT kali pertama telah berjaya dijalankan dengan kehadiran dan komitmen dari GPB/ICT sekolah ahli PKG Kuala Berang, terima kasih diucapkan.

18 Feb 2016

Perasmian Tagline Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu



18/2/2016, SMK Tengku Ampuan Intan:YB Cikgu Ghazali bin Taib,
ADUN kawasan Ajil, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu telah merasmikan tagline Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.



28 Jan 2016

PENGHAKIMAN PEMBESTARIAN ICT DAERAH HULU TRG


Semoga berjaya buat SMK Jenagor yang bertanding dalam Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu. Turut mewakili daerah Hulu Terengganu adalah SK Tengkawang dan SMK Kuala Telemong.

20 Jan 2016

Mesyuarat JKPA kali pertama 2016


Mesyuarat JKPA kali pertama 2016 telah dilaksanakan. Terimakasih atas komitmen para pengetua dan guru besar sekolah ahli PKG Kuala Berang.

19 Jan 2016

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


اَلسَّلاَÙ…ُ Ø¹َÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ Ø§Ù„لهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ Salam Sejahtera Salam 1Malaysia


Tuan Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Ahli PKG Kuala Berang

Tuan/Puan,

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO

 Perkara di atas adalah dirujuk.

Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro yang dapat saya senaraikan.

1. Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan dan nombor kad Astro )

2. Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan decoder Astro dan perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.

Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:

1.      Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja : Telefon  1 300 82 0001 ,  pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro.

2. Remote rosak : sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon  1 300 82 0001 

3. Kad Astro hilang: sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon  1 300 82 0001 

4. Mengalih piring ke bangunan baru, sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro dan tiada caj dikenakan

Harap dapat membantu pihak sekolah mengaktifkan siaran Kampus Astro bagi kegunaan sekolah.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


.........................................
MOHD YUSSAZRI BIN YUSOF

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN I
PUSAT KEGIATAN GURU KUALA BERANG
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU

Tel Pej: 096825144

17 Jan 2016

Nor Farhana Faznor, Mocrosoft Innovative Educator (MIE) from Terengganu



The Microsoft Innovative Educator (MIE) Expert 2016 at Johor 
The Microsoft Innovative Educator (MIE) Expert program
is an exclusive program created to recognize global educator
visionaries who are using technology to pave the way for their
peers in the effective use of technology for better
learning and student outcomes.