6 Jul 2015

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu

Tuan,

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 MENGGUNAKAN
SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

3. Pembestarian Sekolah merupakan inisiatif KPM untuk merealisasikan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah, melalui penggunaan teknologi pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perkembangan semasa. dalam melahirkan murid yang holistik. kreatif, inovatif. berkebolehan berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, kompeten dan cekal menghadapi cabaran kehidupan abad ke-21.

4. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./tuan/puan dipohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah, yang dilaksanakan secara dalam talian, http://ssqs.btpntrg.edu.my mulai 6 Julai hingga 23 Ogos 2015. Penarafan di kesemua sekolah ini akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di negeri masing-masing dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT.

5. Sila hubungi En.Yusma@Abd.Mubin bin Yusof di talian 09-6277102 atau YM Ku Ahmad bin Ku Ibrahim di talian 09-6277128 atau Nor Azwari bin Che Mat Noor di talian 09-6277127 untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan penarafan ini atau email kepada ssqs@btpntrg.edu.my


“Memperkasakan Transformasi Pendidikan“

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menurut perintah,

HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN, P.J.C., P.J.K
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

No comments:

Post a Comment