1 Jan 2013

Semoga 2013 kita tempuh dengan penuh kejayaan.

 
2013 akan merupakan tahun yang menambah cabaran semasa dengan kelangsungan agenda pendidikan kebangsaan masa kini yang bakal mencerminkan senario generasi guru-pelajar abad ke 21. Di samping pelbagai program wajib yang akan terus kita laksanakan, 1BestariNet akan memasuki fasa pelaksanaan sepenuhnya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pula akan memulakan langkahnya. Kesemua itu menuntut fokus dan komitmen yang tinggi dari kita semua. Kami yakin dengan kemampuan semua untuk sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan kelangsungan semua projek dan program yang telah direncanakan serta terus maju kehadapan dengan pencapaian  yang lebih gemilang. Kita juga yakin dan percaya pihak KPM, JPNT, BTPNT, PPDHT, PKG serta pengurusan sekolah akan membantu kita menangani rintangan, isu dan cabaran yang bakal kita hadapi melalui pelbagai cara serta sumber. Semoga 2013 bakal memberikan yang terbaik demi kelangsungan pendidikan bagi generasi akan datang...
"Bersama menangani cabaran"
WARGA PKG KUALA BERANG
 
 
 
(petikan ucapan: MOHD SUJANG AHMAD ZAINI)
 

No comments:

Post a Comment