26 Feb 2012

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Hulu Terengganu Bil.1/2012


23.02.2012 (Khamis), PKG daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) Bil.1 bagi Tahun 2012. Mesyuarat tersebut diadakan di SMA Mahmudiah dan dirasmikan oleh Tn Hj Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Mesyuarat tersebut bertujuan melaporkan segala aktiviti yang dijalankan pada tahun 2011 dan perancangan aktiviti tahun 2012 bagi 3 buah PKG di daerah Hulu Terengganu. Mesyuarat tersebut juga telah dihadiri oleh En Mohd Hasan bin Mat Rahim, Penolong PPD Pengurusan Kurikulum (Bahasa) yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

1 comment:

  1. Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan staf PKG daerah Hulu Terengganu di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan mesyuarat JKPA Bil.1/2012.

    ReplyDelete