27 Jan 2015

Jadilah Ahli Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu

Jadilah ahli dan anda akan dapat akses E-book library yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. 



25 Jan 2015

19 Jan 2015

Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara berterusan menerusi Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dirangka berasaskan tiga objektif khusus supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global.

Keterangan


Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013 yang lalu, tiga objektif itu ialah:
  1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
  2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025.
  3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awam.
Pautan : 

15 Jan 2015

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN - (SPP) LMS



Pautan dari :- http://spp.moe.edu.my/

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Definisi :                                                                                                                                                                    Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau  A learning management system (LMS) ialah perisian aplikasi untuk pentadbiran, dokumentasi, mengesan (tracking), dan melaporkan program latihan, bilik darjah dan aktiviti atas talian (online), program e-pembelajaran, dan kandungan latihan. Mengikut (Ellis 2009) SPP atau LMS yang berkesan sepatutnya berkeupayaan untuk melqaksankan tugas-tugas seperti berikut :

  • pemusatan dan automasi pentadbiran
  • menggunakan perkhidmatan kendiri (self-service) dan perkhidmatan kendiri terbimbing (self-guided services)
  • membina dan menyampaikan isi kandungan pembelajaran secara berterusan
  • menggunakan web sebagai flatfom untuk menggerakkan program latihan.
  • kandungan yang bersifat individu dan membolehkan pengetahuan diguna semula. 

Aduan kampus Astro

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Sejahtera Salam 1Malaysia


Tuan Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Ahli PKG Kuala Berang

Tuan/Puan,

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO

 Perkara di atas adalah dirujuk.

Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro yang dapat saya senaraikan.

1. Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan dan nombor kad Astro )

2. Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan decoder Astro dan perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.

Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:

1.      Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja : Telefon  1 300 82 0001 ,  pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro.

2. Remote rosak : sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon  1 300 82 0001 

3. Kad Astro hilang: sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro Telefon  1 300 82 0001 

4. Mengalih piring ke bangunan baru, sekolah hanya perlu call meja bantuan kampus Astro dan tiada caj dikenakan

Harap dapat membantu pihak sekolah mengaktifkan siaran Kampus Astro bagi kegunaan sekolah.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


.........................................
MOHD YUSSAZRI BIN YUSOF

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN I
PUSAT KEGIATAN GURU KUALA BERANG
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU

Tel Pej: 096825144

14 Jan 2015

KEMASKINI DATA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2015

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Sejahtera Salam 1Malaysia


Tuan Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Ahli PKG Kuala Berang


Tuan/Puan,

KEMASKINI DATA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2015

 Perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sehubungan dengan itu diharapkan kerjasama pihak sekolah mengarahkan Guru Perpustakaan Media Mengisi borang kemaskini yang disediakan.

  
Kerjasama  dan komitmen pihak tuan/puan amat kami hargai.

 Sekian dimaklumkan dan terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


PUSAT KEGIATAN GURU KUALA BERANG
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU

Tel Pej: 096825144


13 Jan 2015

Taklimat dan pengedaran cd mbmmbi bagi sekolah PKG daerah Hulu Terengganu 2015

Taklimat pengedaran cd MBMMBI telah dijalankan di dewan seminar PKG Kuala Berang dan wakil dari BTPNT, En. Sabri telah hadir membuat pemantauan.

Link KPM tantang MBMMBI :- http://www.moe.gov.my/v/mbmmbi

11 Jan 2015

Selamat kembali ke sekolah



Selamat kembali ke sekolah buat semua warga pendidik 
di 
Daerah Hulu Terengganu.

10 Jan 2015

LAMAN TERBARU SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH



KPM telah memutuskan SPS akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses di alamat


SURAT SIARAN SPS BOLEH DIAKSES MELALUI:



Pihak sekolah perlu mengemaskini modul yang terdapat dilaman tersebut sahaja dan laman SPS akan dikemaskini secara berperingkat oleh KPM.

2 Jan 2015

Selamat tahun Baru 2015




New Year is the time to
unfold new horizons & realize new dreams,
to rediscover the strength & faith within u,
to rejoice in simple Pleasures & gear up 4 a
new challenges.
Wishin u a truly fulfilling
2015