31 Jan 2017

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti English Theme Park (ETP) Kuala Berang Bil.1/2017



Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti English Theme Park (ETP) Kuala Berang Bil.1/2017 telah diadakan pada 25 Januari 2017 di PKG Kuala Berang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Intervensi ICT dan Kajian Penilaian BTPNT, En. Jadid Bin Jusoh. Mesyuarat ini melibatkan semua pegawai PKG di daerah Hulu Terengganu dan semua fasilitator ETP Kuala Berang. Antara agenda mesyuarat ialah perancangan aktiviti ETP Kuala Berang 2017, pemilihan sekolah peserta & pelantikan fasilitator baharu.

26 Jan 2017

Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu sentiasa mengiktiraf kejayaan sekolah dan warga pendidik yang berjaya melahirkan pelajar berkualiti dalam bidang-bidang khusus seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pusat Sumber Sekolah (PSS), Program Nilam yang berteraskan program galakan membaca serta TV PSS.

Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung pada 23 Januari 2017, dirasmikan oleh Y.B. Haji A. Latiff bin Awang, PJC, PJK Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Sebanyak 45 kategori dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah terutamanya kepada Pn. Nor Fazila Binti Mohd dari SMA Mahmudiah yang memenangi anugerah Guru Inovatif PSS Terbaik. Tahniah juga diucapkan kepada SMK Jenagor yang telah memenangi anugerah Pengurusan dan Penggunaan Chromebook Terbaik untuk 2 tahun berturut-turut.

Pn. Nor Fazila Binti Mohd

Pn. Roslina Binti Mohd Razlan, pengetua SMK Jenagor