29 May 2013

Selamat Datang SK Mak Mandin, Pulau Pinang

Seramai 45 orang guru dari Sk Mak Mandin Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke PKG Kuala Berang dan English Theme Park Kuala Berang pada 25 Mei 2013. Lawatan ini telah diketuai oleh Guru Besar SK Mak Mandin, En.Mohd Asri bin Abd Rahman. Lawatan ini dilakukan bagi menambahkan pengalaman dan perkongsian maklumat untuk diaplikasikan di sekolah mereka nanti.








LAWATAN PENANDA ARAS BTPN PAHANG KE ETP KUALA BERANG




BTPN Pahang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di ETP Kuala Berang pada 18 Mac 2013. Rombongan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Tn. Hj. Mohamed Kamal bin Hashim telah juga disertai oleh empat orang Penolong Pengarah, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan Ketua-Ketua PKG Daerah Pahang. Taklimat berkaitan ETP Kuala Berang telah disampaikan oleh Encik Ruzlan bin Abdul Gani, PTP PKG Kuala Berang.

7 May 2013

Lawatan Kerja Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan BTP,Bukit Kiara,KPM ke English Theme Park Kuala Berang


 
Lawatan Kerja Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan BTP,Bukit Kiara,KPM
Tn Haji Shamsuddin bin Hassan, Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan,Bukit Kiara,KPM telah mengadakan lawatan kerja ringkas ke PKG Kuala Berang pada 2 Mei 2013. Lawatan ini adalah program sampingan sempena Perhimpunan Bulanan kali ke 2 yang diadakan di BTPN Terengganu pada sesi sebelah pagi.Beliau telah diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu Tn Hj Alias bin Talib dan Tn Hj Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPN Wilayah Persekutuan. Tn Haji Shamsuddin bin Hassan juga telah singgah sebentar ke ETP Kuala Berang.Beliau berharap pihak PKG Kuala Berang dapat mengekalkan kemudahan yang telah disediakan dan pada masa yg sama merancang aktiviti – aktiviti dengan baik untuk sekolah – sekolah ahli PKG.