28 Jun 2012

Pemantauan Pembestarian Sekolah di SK Kemat




 Tahniah atas kerjasama dari warga SK Kemat yang telah didatangi oleh Pegawai dari BTP iaitu Hj. Mohamad b. Harun dan En. Mohd Yusoff b. Mis. Semoga dengan Pemantauan Pembestarian Sekolah tahun 2012 kali ini akan memberi penambahbaikan serta impak yang positif terhadap SK Kemat.
Sekalung tahniah dan terima kasih juga kepada wakil PKG Peroh dan PKG Tengkawang yang turut membantu dalam Pemantauan ini.

26 Jun 2012

Pemantauan Pembestarian Sekolah Tahun 2012 di SK Pauh

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu bersama Pusat Kegiatan Guru Negeri Terengganu akan menjalankan pemantauan ke sekolah bermula pada 24 Jun 2012 sehingga 5 Julai 2012. Pihak BTPNT dan PKG akan membuat lawatan di SK Pauh pada 5/7/2012 ( Khamis) . Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan untuk menjayakan pemantauan ini sangat di hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

"Teknologi Untuk Pendidikan Bestari"

24 Jun 2012

Pemantauan Pembestarian Pendidikan


SK Kemat telah terpilih oleh pihak BTPNT bagi pemantauan ini. Tarikhnya masih belum diputuskan lagi. Semoga segalanya berjalan lancar.
Sedikit nukilan berkenaan sejarah sekolah:

Sejarah SK Kemat

¢ Mula didirikan pada bulan Disember 1951 berhampiran sebatang sungai yang dikenali dengan Sungai Kemat.
¢ Tahun 1952 mula beroperasi dengan murid seramai 31 orang dan seorang guru iaitu Cikgu Long Bin Ismail.
¢ Tahun 1957,Sk Kemat secara rasmi didirikan dan dibuka dengan mempunyai satu blok bangunan kayu serta murid bertambah seramai 59 orang dan guru 2 orang.
¢ Pada tahun 1989 rumah guru dibina separuh kekal dan pada tahun 1960 guru bertambah kepada 3 orang.
¢ Sehingga tahun 1994 barulah sekolah ini mendapat bangunan tambahan separuh kekal dengan 4 bilik darjah dan 7 orang guru.

Selamat Bertugas di tempat baru....

21 Jun 2012

Johan SMART ENGLISH Hulu Terengganu: SK Teris


Tahniah kepada pemenang dan semoga dapat kejayaan di Peringkat Negeri hendaknya nanti...

Pemantauan Pembestarian Sekolah Tahun 2012

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah berkenaan
(sebagaimana Lampiran A)

Tuan,

Pemantauan Pembestarian Sekolah Tahun 2012

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu bersama Pusat Kegiatan Guru Negeri Terengganu akan menjalankan pemantauan ke sekolah bermula pada 24 Jun 2012 sehingga 5 Julai 2012.

3. Pihak BTPNT dan PKG akan menghubungi pihak sekolah terlebih dahulu sebelum pemantauan dijalankan. Instrumen pemantauan boleh dimuat turun daripada portal http://btpntrg.moe.edu.my/.

4. Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan untuk menjayakan pemantauan ini sangat di hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.



Muhammad Al Rafur bin Abdul Rashid
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Terengganu

JADUAL PENGISIAN PROGRAM

Klik untuk melihat Jadual Pengisian Program Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan

20 Jun 2012

Dr Ali Hamsa dilantik Ketua Setiausaha Negara


KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Dis 1997 hingga 21 April 2009.

Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.

"Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. -- Bernama

Dipetik dari: Sinar Harian

19 Jun 2012

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar & GPK kuatkuasa 16 Jun 2012

KUALA TERENGGANU - Terima kasih kami ucapkan kepada pengunjung blog ini yang amat peka dan perihatin mengenai pertukaran pengurusan sekolah ini. Setelah kita menyiarkan Guru Besar dan GPK bertukar pada 1 dan 16 haribulan ramai yang tertunggu tarikh ini sama ada mereka yang sedang menyandang jawatan atau yang bakal dilantik. Apapun penyiaran senarai ini hanyalah sekadar makluman atau backup kepada surat rasmi kepada penyandang terlibat. Justru itu ianya disiar agak lewat sedikit dari tarikh kuatkuasa dengan keyakinan bahawa surat rasmi telah sampai ke tangan penerima dan tiada apa-apa perubahan atau pindaan lagi.

Walau bagaimanapun tahniah kami ucapkan kepada penyandang yang baru dilantik sebagai Guru Besar ataupun GPK. Untuk makluman hingga kini kita masih belum menerima senarai pemangkuan DGA32 ke DGA34 untuk pengisian Guru Besar bagi mengisi jawatan-jawatan Guru Besar yang dikosongkan. Kita berharap senarai berkenaan akan diturunkan dari Lembaga Naik Pangkat KPM dalam masa yang terdekat agar kita dapat mengisi semua perjawatan Guru Besar.

Kepada semua yang baru dinaikkan pangkat atau bertukar ke sekolah baru diucapkan " Selamat Bertugas" . Semoga kehandiran anda memberi impak kepada kecemerlangan sekolah. Surat-surat pertukaran dan tawaran boleh diperolehi di PPD masing-masing.


Link Senarai Pertukaran GPK : Lihat

Link Senarai Pertukaran Guru Besar: Lihat

Sumber: http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

Tokoh Guru Daerah Hulu Terengganu 2012.avi



Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan video Tokoh Hari Guru Daerah Hulu Terengganu 2012.

18 Jun 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Zon Timur 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Zon Timur 2012 telah diadakan di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, Bentong,  Pahang pada  11-14 Jun 2012. Kursus yang disertai oleh hampir ke semua Pegawai Teknologi Pendidikan,Pusat Kegiatan Guru Zon Timur itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang pentingnya transformasi dalam organisasi dikalangan Pegawai PKG Terengganu dan memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada peserta dalam pengurusan dan menghadapi cabaran pelanggan. Semasa kursus ini diadakan, beberapa siri ceramah juga diadakan seperti Ceramah Laluan Kerjaya oleh Pn Lok Yim Pheng dari NUTP, ceramah Kerohanian oleh Ustaz Mohd Saiful Azizi Shukri bin Mohd Kassim dari IAB dan ceramah Pengurusan Stress oleh iaitu YM Syed Putra Syed Ali dari IAB. Sesi lawatan Penanda Aras ke 3 buah sekolah di daerah Bentong iaitu SMK Sulaiman, SMK Ketari dan SK Tuanku Fatimah turut diadakan semasa sesi kursus ini. Aktiviti seperti jungle tracking dan treasure hunt turut diadakan oleh pihak penganjur.

| Berita : UIICTKP

Dalam Kenangan....